Image hosted by Photobucket.com

Tulisan ku disini semuanya hanyalah sebuah luahan rasa hatiku saja..
adakalanya cuma sebuah cerpen!
JIka ada persamaan nama, tempat, watak atau jalan cerita atau apa2 saja ....
maka itu hanyalah secara kebetulan yang tidak disengajakan ...kerana disini hanyalah tulisan2 khayalan ku sahaja!...
Dan aku sika KOLEKSI CERPEN TERBAIK MELAYU SINGAPURA POWER, ANTOLOGI KOLEKSI SAJAK DAN PUISI TERBAIK SINGAPURA LEGEND...
PENULIS SINGAPURA, PENYAIR SINGAPURA, PENYAJAK SINGAPURA DAN SASTERAWAN MELAYU SINGAPURA
Laporan dan KRITIK dan ULASAN PUISI CINTA, PUISI KASIH, PUISI KASEH, PUISI ISLAM dan LIRIK LAGU...
Semua BERITA SINGAPURA,
RESEPI MASAKAN MELAYU TERBAIK, RESEPI MASAKAN TERBARU dan TERKINI.
BERITA QARI MESIR, QARI MALAYSIA, QARI SINGAPURA,
LAGU AL QURAN dan TARANUM AL QURAN dan...
Berita Majlis MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN di SINGAPURA dan pengalaman khayalan hidup ku....
Ku tuangkan didalam blog ini sebagai sebuah KHAYALAN rekaan..kenangan hidup ku...



Tuesday, August 15, 2006
Puisi cinta curahan hati - Satu kehidupan.

PUISI CINTA CURAHAN HATI - SATU KEHIDUPAN

Anak2ku sudah dewasa!
Dan aku semakin merasa kecewa dengan sikap mereka terhadap diriku ayahnya!
(They are not friendly to me..)

Aku suruh mereka memperdalamkan ilmu dan amalan agama mereka...mereka buat tak kisah!
Kalau disuruh, barulah mereka buat...
Kalau didiamkan ...maka mereka pun apalagi ...buat bodoh lah!
Hati aku semakin sakit melihatkan kelakuan mereka!

Bini aku pulak....
Aku suruh ajar anak2 mengaji al Quran...bini aku buat bodoh sampai hari ini!
Sakit betul hati aku melihatkan sikap bini aku!

Hari demi hari...aku semakin bosan dengan sikap bini aku!
Hari demi hari...aku semakin bosan dengan sikap anak2 aku!

Aku sedar yang mereka semua TIDAK suka berbaik2 dengan ku!
Mereka tidak mahu berbual mesra denganku ayah mereka sendiri!
(kerana terlalu sibuk dengan urusan NAFSU diri mereka sendiri!)

Kalau berbual pun....hanyalah setakat melepaskan batuk ditangga!

Satu perkara lagi....
Aku juga mula sedar yang mereka semua sebenarnya TIDAk suka pentingkan agama mereka sendiri!
Mereka tidak pentingkan perkara mahu berusaha meningkatkan IMAN dan TAQWA mereka disisi Tuhan!
Mereka sentiasa mengambil LENGAH tentang urusan akhirat!

Apa yang menarik minat dihati mereka ialah....
Segala tajuk yang menyenangkan hati mereka ..terutama sekali perkara2 nafsu dunia!
(perkara2 tentang agama dan urusan akhirat...mereka amat malas!)

Itulah anak2ku!
Itulah isteriku!
Itulah keluargaku!
Itulah kehidupanku di Singapura!
Dan aku semakin bosan dengan mereka semua..!

Posted at 01:45 am by asalaku
 

Friday, May 12, 2006
Madah cinta sekeping hati...

MADAH CINTA SEKEPING HATI

Sudah terlalu lama berjalan
Dan aku kelelahan
Didalam sebuah perjalanan
yang agak panjang dan meletihkan

Ku lihat....
berbagai-bagai ragam manusia
dan bermacam-macam lakunan kehidupan
serta wajah2 yang beraneka rupa....
dengan seribu alasan dan seribu kehendak!

Ku lihat.....
Apa yang ramai ialah....
Wajah2 dan hati yang pandai berpura-pura
Wajah2 dan hati yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja
Wajah2 dan hati yang gilakan wang dan harta!
Wajah dan hati yang mengejar nama!
Wajah2 dan hati yang telah hilang keluhurannya!

Dimana hati yang mulia?
Dimana jiwa yang suci?
Dimana manusia2 yang luhur lagi berbakti?
yang hidup hanya semata-mata mengharap keredaan Tuhannya?
Dimana...
Dimana...?

Posted at 08:56 am by asalaku
 

Wednesday, March 29, 2006
Puisi cinta kisah hidup

PUISI CINTA KISAH HIDUP

MARI KITA RENUNGKAN BERSAMA-SAMA...
Dan kita fikirkan semasak-masaknya..!

Kita pun sudah lama hidup!
Hari pun sudah semakin redup....
Soalnya sekarang....
Mengapa kita masih mahu berpura2 tentang reality kehidupan ini?
Tentang wujudnya berbagai2 sikap perangai manusia2 disekeliling kita?
Asam garam pahit manis lakonan sandiwara kehidupan ini.....!

Mengapa kita tidak menulis tentang itu?
Bukankah itulah yang telah sebenar2nya berlaku didalam gelanggang kehidupan ini!

Alangkah bagusnya jikalau anak2 generasi muda kita tahu dan arif tentang selok belok segala tipu-daya lakonan manusia disekeliling mereka!
Bukankah mereka akan lebih terselamat daripada kancah kejinya sikap jahat dan busuk jiwa manusia!
Bukankah mereka akan dapat meneruskan hidup ini lebih sebagai sebenarnya seorang manusia!?

Aku rasa...
Kita seharusnya menulis dan menceritakan tentang hal itu kepada mereka disini..!!!
Tentang segala tipu-daya putar belit manusia2 disekeliling mereka!
Manusia2 yang jahat jiwanya...yang semata2 hanya mementingkan kepentingan dan keuntungan maruah diri harta mereka!
Manusia2 yang mengunakan agama semata2 hanaya untuk membela kesesuaian kehendak nafsu kedunian mereka yang takut untuk berkorban diri dan harta mereka kejalan kebajikan!
Manusia2 yang hanya pandai banyak bercakap dan bersyarah kebaikkan...tetapi merekalah yang sebenar2nya penakut untuk kehadapan melakukan kebajikan tanpa mengambil keuntungan dunia!

DAN....
Bermacam2 lagi.......!
Lalu....
Marilah kita sama2 mulakan cerita ini..!!




Posted at 07:42 am by asalaku
 

Tuesday, March 14, 2006
Taranum al Quran warisan tradisi budaya umat islam.

Image hosting by Photobucket

TILAWAH AL QURAN WARISAN TRADISI BUDAYA UMAT ISLAM.

Pada tahun 2006 ini...
Aku ingin memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada semua umat islam di Singapura...
Dan juga kepada semua umat islam seluruh dunia...!

NASIHATKU ialah....
Serulah saudara2 kita supaya membaca al Quran.
Ajaklah mereka berkumpul beramai2 untuk membaca al Quran..!
Atau pujuklah mereka supaya membaca al Quran hari2.
Tidak kira tua atau muda.
Tidak kira yang jahat atau yang baik.
Samaada yang bodoh atau yang sudah pandai.
Teruskan sahaja mengaji al Quran..!
Teruskan menyeru mereka supaya berkumpul membaca al Quran beramai2 sehingga menjadi budaya hidup umat islam dan gaya hidup mereka sendiri!

Kita terangkan kepada semua umat islam bahawa...
Amal membaca al Quran itu adalah... satu amal yang amat mulia lagi penting..!!
Jadikanlah ia satu budaya hidup didalam masyarakat Islam kita.
Jadikanlah ia sebagai satu budaya tradisi bangsa kita!
Jadikanlah ia sebagai satu pesta keramaian agama kaum bangsa kita.
Jadikanlah ia satu trend ikutan generasi muda bangsa Islam kita.

Didalam era baru dizaman moden ini....
Pengaruh2 budaya barat semakin meluas!
Gaya dan cara hidup ala barat semakin melebar!
Ini ditakuti akan mempengaruhi corak hidup dan pemikiran umat Islam generasi muda dizaman ini.
Ini akan mengakibatkan... mereka lupa atau mula tidak suka dan tidak sesuai kepada budaya keramaian majlis membaca al Quran!

Jika tidak dibendung atau di tangani perkara ini...
Ia akan mengakibatkan...
Generasi muda Islam akan mula... tidak tertarik dan tidak serasi dengan suasana MAJLIS TILAWAH AL QURAN!
Generasi muda Islam akan mula.... menjadi malas dan cuba menjauhi Majlis TARANUM AL QURAN.
Generasi muda Islam akan mula... sebukkan pentingkan perkara2 lain selain daripada kitab dan majlis al Quran mereka sendiri.

Dan akhirnya... mereka akan semakin jauh dari selera beragama mereka sendiri!

Oleh itu... marilah kita berusaha mendidik anak2 kita dan diri kita sendiri supaya rajin mementingkan budaya tradisi warisan Islam kita ini!
Warisan Islam kita.. iatu meramaikan MAJLIS TILAWAH AL QURAN!



Posted at 04:12 am by asalaku
 

Wednesday, February 08, 2006
Cerpen terbaik lelaki tua.

CERPEN TERBAIK LELAKI TUA.

Ada seoran lelaki di Singapura yang sudah agak tua!
Dia mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap.
Ramai yang kenal dia kerana ...dia nampak alim dan warak.
Dia pandai mengaji al Quran!

TETAPI.....
Hanya orang2 yang telah bercampur lama dengan dia sahaja yang tahu dan sebenar2 kenal tentang siapa diri dia sebenarnya!

SEMUA ipar duai lelaki itu ...sangat2 mengenal tentang sifat perangai lelaki itu yang sebenarnya!
Mereka amat bosan dengan segala sifat munafik ... pandai berpura2 lelaki itu!

Lelaki itu suka memukul isterinya!
Lelaki itu suka mengunakan hujah2 agama semata2 untuk membela kehendak hawa nafsu dirinya sahaja!
Lelaki itu suka menipu orang lain dengan berlagak alim dan warak dihadapan orang lain!
Lelaki itu suka berjudi main nombor ekor!
Lelaki itu suka pergi bertemu dengan dukun2 yang tahu 'menurun' untuk mendapatkan nasihat tentang nombor ekor!
Lelaki itu suka bercerita tentang ilmu mengenal diri dan sering menunjukkan sifat egonya kepada orang lain bila bercerita!

Lelaki itu suka menekan, mengertak dan menakut2kan isterinya supaya taat kepadanya...dengan mengunakan dalil2 agama!
( padahal lelaki itu sebenarnya mahu isterinya bekerja dan memberikan dia wang supaya dia dapat bergaya dan berlagak kaya berjudi nombor ekor dihadapan orang lain! )

Lelaki itu TIDAK suka si isteri bercampur mesra dengan ahli keluarga si isteri itu sendiri!

Apa yang si lelaki itu TIDAK sedar ialah...
Lelaki itu sudah tua..!
Yang tidak lama lagi ...dia akan mati juga!
Yang tidak lama lagi....dia akan meninggal dunia!
Dan kemudian....
Dia bakal menempuh hari pembalasan di akhirat!
Dan akan di soal-siasat segala isi hati perotnya dihadapan Tuhan!


Posted at 10:16 am by asalaku
 

Friday, January 20, 2006
Cerpen terbaik iman dan taqwa

CERPEN TERBAIK IMAN DAN TAQWA.

Singapura ku...
Dimana sahaja aku pergi....
Jarang sekali ada suasana motivasi keimanan dan ketaqwaan di Singapura!
Yang ada ialah motivasi bagaimana mahu berjaya untuk menjadi mewah, senang hidup dan kaya ekonomi!
Sudah teramat kurang sekali suasana motivasi semangat keimanan!
Sudah teramat kurang sekali suasana motivasi semangat ketaqwaan!
DAN...Sudah teramat kurang sekali suasana motivasi semangat keislaman di Singapura ku!

Yang ada ialah ....banyaknya mesjid2 yang tersergam indah!
Yang ada ialah seruan2 .....supaya senang dan mewah hidup dengan cara berpelajaran tinggi dan kuat berusaha menambahkan wang di Singapura!

Terlampau kurang tiupan motivasi keimanan!
Terlampau kurang seruan motivasi keislaman!
Terlampau kurang seruan motivasi memupuk peribadi2 yang mulia didalam diri masing2!
Terlampau kurang manusia2 yang pakar didalam ilmu motivasi keimanan dan ilmu motivasi keislaman!
Terlampau kurang ceramah2 dan kelas2 motivasi diri keislaman dan motivasi keimanan!
Terlampau kurang peribadi2 mulia yang sanggup meniupkan dan menyebarkan semangat motivasi diri keislaman dan semangat motivasi diri keimanan kepada masyarakat islam Singapura!
Yang ada cuma syarahan2 agama yang hambar dan amat lemah motivasinya buat pengukuh iman dan taqwa!

Yang ada cuma setakat kelas2 agama yang amat lemah motivasinya!
Yang ada cuma syarahan2 agama yang amat lemah motivasinya!
Yang ada cuma seminar2 agama yang amat lemah motivasinya!
Yang ada adalah bayaran2 yang mahal untuk menghadiri kelas2 agama dan seminar2 agama tersebut!

Kita umat islam Singapura memerlukan kursus dan sistem motivasi diri kearah keimanan dan keislaman...bukan hanya setakat pengetahuan dan pelajaran agama!

Kita umat islam Singapura amat memerlukan kuliah motivasi diri keimanan dan ketaqwaan...bukan setakat pelajaran fardu ain sahaja!

Kerana ilmu motivasi diri untuk beragama itu amat penting sekali!
Kerana ilmu iman itu sendiri.....adalah mengarah kepada motivasi diri!
Kerana ilmu islam itu juga ......adalah mengarah kepada motivasi diri!
Kerana agama islam itu sendiri adalah satu ilmu sistem motivasi diri untuk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat!
Kerana agama islam itu bukanlah agama yang mati!



Posted at 04:37 am by asalaku
 

Friday, December 30, 2005
Cerpen terbaik selamat tinggal tahun 2005

CERPEN TERBAIK SELAMAT TINGGAL TAHUN 2005.

Tahun 2005 akan berlalu pergi tidak berapa hari lagi!
Dan selamat datang kepada tahun 2006...

Apa yang telah berlaku kepada kita semua selama ini...?
Adakah kita pernah menyemak segala sikap kelakuan, hati-perot jiwa dan tindak tanduk kita sepanjang tahun 2005 ini?
Atau, mengkaji perkembangan sikap, tindak-tanduk diri zahir dan bathin kita setiap tahun adalah satu perkara yang tidak perlu dilakukan dan membuang masa sahaja...??

Setiap individu mempunyai fikiran dan perasaan hati!
Setiap manusia mempunyai kehendak dan cita-cita.
Setiap manusia juga mempunyai pengalaman suka dan duka mereka.
DAN...
Setiap saat akan berlalu pergi dengan segera...dan sentiasa akan meninggalkan kita tanpa menolih kebelakang untuk menjadi lipatan sejarah!

Masa itu emas!
Gunakanlah dengan sebaik-baiknya!
Kesal dahulu pendapatan
Kesal kemudian tidak berguna!

Hiduplah dengan menjadi manusia yang berguna berbakti membuat kebaikkan kepada ahli keluarga, masyarakat dan semua umat manusia.
Hiduplah dengan bersih hati, lapang fikiran dan luhur jiwa.
Kikis segala sifat jiwa yang jahat dan keji yang ada didalam diri kita sendiri sepanjang hayat kita!
Jangan berputus-asa untuk terus berjuang melawan dan membuang segala sifat nafsu jahat keji, tamak haloba...yang ada didalam diri kita sendiri sepanjang hayat kita!

Kerana hidup ini hanyalah sementara!
Ajal maut sentiasa mengintip kita
Semua manusia pasti menghadapi kematian!
Dan...kehidupan akhirat itu adalah kekal!
Kepada Tuhan kita kembali!





Posted at 10:22 am by asalaku
 

Sunday, December 11, 2005
Cerpen terbaik satu renungan

CERPEN TERBAIK SATU RENUNGAN

Wahai saudara2 dan kawan2 ku...
Dengarlah pesanku ini...

Keadaan kita semakin susah...

Dunia Islam semakin terhimpit dan dicengkam...
Kuasa2 barat semakin bermaharaja lela...
Kuasa2 barat semakin tamak dan haloba...
Dunia semakin dilanda malapetaka alam dan peperangan...
Sifat2 kebinatangan dan sifat rakus manusia semakin meluas dan menjadi2...
Penipuan dan putar belit berlaku dimana-mana...
Sana-sini.. pembunuhan dan pertumpahan darah sering sahaja berlaku!
Manusia semakin gila mabukkan kuasa, harta kekayaan dan pangkat.

Manusia semakin gila mengejarkan kesenangan dan kelapangan hidup!
Manusia semakin gila mengejarkan kemajuan dan kemewahan harta!
Manusia semakin gila menjual hati dan perasaan keluhuran kemanusian mereka!

Oleh itu....
Kita mestilah menjaga anak2 kita dan ahli keluarga kita!
Kita didik mereka dengan didikan agama. Supaya berpegang teguh kepada Tuhan dan Rasul! Berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah!
Kita didik mereka supaya mempunyai segala sifat2 yang baik, luhur jiwa lagi mulia!
Kita didik mereka supaya mempunyai sifat berani dan tabah sebagai pahlawan islam yang TIDAK gilakan harta dunia!
Kita didik mereka supaya menjadi seorang budiman yang berjiwa kemanusian!
Supaya mereka tidak takut kepada kesusahan!
Supay mereka bersabar didalam kesempitan.
Supaya mereka bershukur didalam kegembiraan.

Hanya dengan keimanan yang kental lagi kukuh berjiwa sebagai jiwa orang yang solih sahaja yang dapat menyelamatkan mereka dari segala tipu daya sifat rakus kepada dunia!
Kuatkan iman dan taqwa dan pendirian kerohanian mereka....Bukan dengan harta dan pangkat!
Bukan dengan kemewahan dan kelapangan didalam kehidupan ini.

Kerana... Kehidupan ini hanyalah sementara!
Kerana.... Kesenangan dan kemewahan hidup hanya membawa manusia semakin tamak haloba!

Kerana....
Manusia memang cepat lupa ketika mendapat kesenangan dan kelapangan.
Manusia memang pandai berpura-pura hanya untuk mendapatkan sedikit kelegaan!
Manusia memang cepat mudah terpedaya dengan tipuan Setan dan iblis.
Manusia memang..... takutkan bayang2 mereka sendiri!

Kerana itulah....

Iman itu penting!
Al Quran itu benar!
Akhirat itu benar!
Dan manusia itu...
Pada satu hari nanti ...
Pasti mati! .....

Posted at 05:39 am by asalaku
 

Thursday, November 17, 2005
Selamat hari raya idul fitri ...maaf zahir dn bathin.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI ...MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

Itulah sebuah rangkap kata yang sering diucapkan olih kebanyakkan umat melayu islam seluruh dunia ketika menyambut hari raya dan ketika bersalam-salaman memohon maaf sesama saudara.

DAN...
Aku juga tidak terlepas dari menyebut rangkap kata tersebut!
Dengan penuh jujur dan rasa tulus ikhlas dari lubuk hati ku ini...
Aku mengucapkan....
Selamat menyambut hari raya idul fitri kepada semua umat islam seluruh dunia dan juga khususnya kepada pembaca dan pemerhati blog ku ini...
Maaf zahir dan bathin!

Aku juga adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan salah dan silap!
KERANA itulah....dibulan raya ini aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja...demi kearah keamanan, kedamaian, kesejahteraan dan kemanusian...

Akhir kata...
Sekali lagi ku ucapkan...
Selamat hari raya idul fitri
Maaf zahir dan bathin.

Posted at 12:53 am by asalaku
 

Sunday, October 16, 2005
Bulan ramadhan dan jahatnya fikiran!

BULAN RAMADHAN DAN JAHATNYA FIKIRAN!

Aku rasa....
Di bulan ramadhan yang penuh berkat ini...
Di bulan ramadhan yang mulia ini...
Ada baiknya jkalau...

Ada baiknya jika aku menulis tentang jahatnya fikiran manusia2 dizaman ini!
Ada baiknya jika aku menulis secara sindiran dan pendedahan tentang bagaimana cara berfikir orang2 jahat didalam dunia ini supaya diketahui olih semua orang sebagai satu tauladan!

Ada baiknya jikalau aku dedahkan segala tipu daya pemikiran orang2 yang jahat didunia ini supaya orang2 yang mahu menjadi baik tidak terpedaya dan tertipu dengan permainan pemikiran orang2 jahat didunia zaman moden ini!

DAN...
Aku namakan tulisan akan datangku ini dengan nama SATU SINDIRAN!
Aku akan sambung tulisan ku dilain masa....sebagai salah satu amal baik ku di dalam bulan ramadhan ini semata2 untuk menyedarkan manusia2 yang jahat supaya insaf!

Posted at 12:15 pm by asalaku
 


Previous Page Next Page



Image hosted by Photobucket.com

Tulisan ku disini.hanya semata-mata sebuah luahan rasa...
adakalanya sebuah cerpen!
JIka ada persamaan nama, tempat, watak atau jalan cerita atau apa2 saja ....maka itu hanyalah secara kebetulan yang tidak disengajakan ...kerana disini hanyalah luahan rasahati ku sahaja!... DAN
Aku suka ANTOLOGI SAJAK CINTA dan PUISI CINTA TERBAIK, PUISI TERBAIK CINTA, KOLEKSI PUISI CINTA, KUMPULAN PUISI CINTA KASEH, PUISI CINTA KASIH, PUISI CINTA RINDU, PUISI CINTA PROTES
Ada hati PUISI CINTA ISLAM, PUISI CINTA SUFI, PUISI CINTA TUHAN
Suka KOLEKSI PUISI TERBAIK SINGAPURA, PUISI CINTA CYBER
PUISI MELAYU, PUISI TERBAIK SINGAPURA, PUISI NUSANTARA
PUISI KREATIF, PUISI MODEN
SASTERA MELAYU, SASTERA MELAYU SINGAPURA, SASTERA ISLAM
MADAH CINTA, KOLEKSI MADAN CINTA, LIRIK LAGU dan KOLEKSI LIRIK LAGU, MADAH PUJANGGA, KATA2 PUJANGGA dan KOLEKSI KATA2 PUJANGGA
KOLEKSI PUISI DAN SAJAK TERBAIK

Suka MENULIS KOLEKSI ANTOLOGI CERPEN TERBAIK SINGAPURA, CERPEN CINTA REMAJA, CERITA CINTA ROMANTIS,

PENULIS SINGAPURA, PENYAIR SINGAPURA, PENYAJAK SINGAPURA, SASTERAWAN SINGAPURA..

RESEPI MASAKAN MELAYU TERBAIK, RESEPI MASAKAN TERBARU TERBAIK dan MASAKAN TERKINI, RESEPI MASAKAN SINGAPURA dan ANTARABANGSA.

Suka al Quran.
TARANUM AL QURAN
TILAWAH AL QURAN
LAGU AL QURAN
QARI MESIR, QARI TIMUR TENGAH, QARI ARAB...

Ada pula manusia yang berhati duit.
Ada hati penipu.
Ada hati pura-pura.
Ada hati penakut.
Ada hati cuma nak selamatkan diri sahaja.
Ada hati yang cuma nak tutup malu diri sendiri sahaja.
Dan macam2 jenis hati perut lagi.

Ada yang gila ILMU MENGENAL ALLAH, gila ILMU MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH, ILMU MA'ARIFATULLAH dan ILMU KEBATINAN....

Ada yang gila nama.
Ada yang gila pangkat.
Ada yang gila enjoy.
Ada yang gila nampak baik.
Ada yang gila keluarga bahagia.
Ada yang gila tenang2 dan relax2.
Ada yang gila tunjuk baik.
Dan macam2 gila!

Aku memang tahu benar pasal mereka semua!
Kerana aku adalah salah seorang dari mereka yang pernah jadi macam mereka!....

AKU DAPATI di Singapura...
Tidak ramai orang melayu yang berani menulis untuk MENGKRITIK MASYARAKAT MELAYU ISLAM SINGAPURA!
Tidak ramai yang berani KRITIK PEMIMPIN ISLAM SINGAPURA, KRITIK MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA, KRITIK PEMERINTAH SINGAPURA, KRITIK ULAMA ISLAM SINGAPURA dan KRITIK BANGSA MELAYU ISLAM SINGAPURA!

OLIH ITU....
KITA MESTI BERANI MENULIS..!
KITA MESTI BERANI MELUAHKAN PENDAPAT KITA DAN BERANI MENGKRITIK KERANA BENAR..!
JANGAN JADI SEORANG YANG PENGECUT...!
FREEDOM OF SPEECH...!

Image hosted by Photobucket.com

AKU ADALAH RAKYAT SINGAPURA!
AKU ADALAH ORANG MELAYU SINGAPURA YANG BERANI MENULIS MENGKRITIK!(Hanya sebuah Khayalan ku..!)

<< October 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

LINKS
LINKS TOP SINGAPORE BEST BLOG
Singabloodypore
Workers Party
Singapore Democrat
Singaporean Democracy
Singapore People Party
Al Jazeera
Zuco Gerek Blog

LINKS WEB LAGU QURAN
Islam Way
Aswat Islam
Harun Yahya
Islami City

LINKS WEB SASTERA
Kaki Seni
Bahasawan
Kampung Net
Esastera
RSI Berita

hits.





rss feed